Tak pernahkah kau berasa bersyukur?
Apa guna kau titiskan air mata untuk satu benda yang tak menjamin masa depan kau?
Apa tujuan kau lukis komik sebenarnya? Adakah istilah "mengubah dunia" itu cuma pepatah saja. Mana semangat kau? Adakah selama ini cuma populariti saja yang kau inginkan?
Ini kata2 yang aku cakapkan pada diri sendiri tadi. Benda paling aku suka. Motivasikan diri sendiri. Saat ketika aku down aku akan bercakap dengan diri sendiri. Aku lagi suka cakap dengan diri berbanding orang lain yang cakapkan. Ia tak bawa kelegaan pada aku pun. Tapi kali ini, aku betul2 berasa lega.
Aku rasakan benda ini tak sepatutnya menjadi serius pun. Semua orang tak salah. Masing2 tak mengkhianati masing2 dan semua buat kerja mereka sendiri. Aku tak marah sesiapa dan aku tak tangisi kerana sesiapa. Aku rasakan air mata ini tak cukup berbaloi untuk aku titiskan pada satu benda yang aku dah dapat.
Terima kasih, Ayour. First time aku dapat bercakap dengan kau. Takpe saya tak marah enche kerana saya juga respek enche macam saya respek enche Wanzu dan Alif.
Untuk krew2 gempak yang lain yang rajin membaca blog saya ini, terima kasih saya ucapkan kerana sanggup singgah ke blog wall of text ini. Sekurang2nya saya lebih popular di gempak berbanding juara bakat baru itu sendiri.. Huhuhu..
Buat kawan2, terima kasih kerana banyak menyokong aku selama ini. Buat Kael, Lavendra, Feeqry, Mulo, Vayl dan siapa2 lagi yang saya kenal, teruskan perjuangan anda dalam final bakat baru di sg wang Ahad ini. Siapa2 menang aku tak kisah, aku support korang dari belakang. Perjalanan aku dah stop kat sini dan aku tahu korang boleh lakukannya, kalahkan contestant2 yg lain!!
Buat siapa yang mengomplen tu.. takpa saya tak marah anda. Anda juga ada hak untuk mengomplen. Tapi apa la sangat komplen anda tu dengan hadiah yang anda dapat. Anda mungkin tersenyum lebar di hujung sana tapi saksikan lah sendiri, masa depan nanti anda juga mungkin masih tersenyum tapi orang di sini akan senyum lebih lebar dari anda.
Minta maaf semua, minta maaf Irfan, minta maaf Sky Shuttle. Anda tak dapat ke final Bakat Baru Komik Malaysia 2009.
*satu hari nanti.. Bila aku dah berjaya dalam bidang komik.. Aku akan buatkomik berkenaan kisah hidup aku sendiri. Termasuk hal ini. Mungkin pada 20 tahun kemudian. InsyaAllah."
Alhamdulillah ya Allah. Tadi ketika sesi makbul doa di antara khutbah pertama dan kedua aku memohon padaMu, "berikan yang terbaik pada ku ya Allah, sempena Bakat Baru ini."
Dan ini keputusanMu ya Allah, aku tahu ini yang terbaik untukku. Aku redha akan ketentuan ini. Ada banyak hikmah di sebalik musibah yang melanda, dan aku tahu pada saat akhir nanti aku akan tersenyum, kerana musibah ini.
three three five.
-
No. It's not a number for 4D or any sort of gambling. Its not a girls phone
number either, and it's not a Morse code too. You got it all wrong.
Actually, ...
7 hours ago





